Program
Sukarelawan

Program Sukarelawan

Sukarelawan dari seluruh dunia adalah dijemput untuk menyertai kami dalam usaha pemuliharaan beruang madu Borneo di BSBCC

Lakukan perkara terbaik yang kamu boleh lakukan.
— Dr. Wong Siew Te

Aktiviti-Aktiviti

Pengurusan Harian Haiwan Dalam Penjagaan/Kurungan
Ini melibatkan kerja membersihkan kandang dan pemberian makanan. Anda akan bekerja dengan beruang-beruang yang berlainan bergantung kepada keperluan beruang, para penjaga atau pun Pusat. Pembersihan adalah satu kerja yang penting kerana kebersihan yang terjaga membantu mengelakkan penyakit. Anda perlu berkemampuan untuk membersihkan najis haiwan - ianya agak busuk!

Terdapat sesetengah kerja selenggaraan seperti pemeriksaan harian terhadap fasiliti dan penyelenggaraan am (voltan pagar elektrik, perumpaian untuk mengelakkan litar pintas, mengecat dll.) mungkin akan menjadi tugasan anda.
 
Pengayaan

Idea disebalik bahan pengayaan adalah untuk merangsang haiwan tersebut dan memperbaiki keadaan hidup mereka disamping cuba meniru habitat asal mereka. Antara contohnya ialah:

  • Menyediakan dedaunan di kandang untuk tempat tidur dan sarang.

  • Menyediakan buah-buahan berlainan untuk memberikan diet yang pelbagai.

  • Meletakkan ranting atau dahan daripada pokok ara atau pokok buah-buahan di rumah untuk memerhati kelakuan beruang.

  • Tali-tali - ini menjadikan ianya lebih menggembirakan dan pelbagai kepada haiwan tersebut.

  • Menyembunyikan ‘hadiah’ berbentuk makanan disekitar kandang untuk menggalakkan kelakuan mencari makanan.

  • Berjalan ke dalam hutan untuk mencari sarang anai-anai.

Anda pernah bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada pasukan konservasi beruang madu sambil menerokai keindahahan hidupan liar Borneo?

Mari sertai kami dan bersukarelawan di Borneo bersama beruang madu Borneo! Borneo sangat terkenal dengan kepelbagaian hidupan liar dan mempunyai pelbagai spesis endemik. Beruang madu misalnya, merupakan beruang terkecil di dunia dan hanya dijumpai di hutan tropika Asia Tenggara dan di sini BSBCC, kami menyelamatkan beruang madu dan berusaha merehabilitasi mereka ke hutan liar.

Sukarelawan dari seluruh dunia adalah dijemput untuk menyertai usaha konservasi Pusat kami untuk memulihkan beruang madu kami. Melalui program sukarelawan kami, para sukarelawan mendapat peluang berkerja bersama ahli biologi dan penyelidik yang penuh dedikasi di samping belajar bagaimana konservasi hidupan liar dilaksanakan di lapangan. Sukarelawan juga akan belajar mengenai kepentingan program pengayaan beruang, penjagaan kebersihan pusat, memerhati kelakuan beruang madu dan menguruskan diet mereka dan banyak lagi!

Ia merupakan satu program kesukarelawan untuk semua orang yang berminat untuk mengetahui lebih mengenai konservasi hidupan liar ATAU gemar melakukan kerja-kerja comot sambil melakukan sesuatu yang bermakna ketika mengembara.

Sudah tentu ianya satu peluang yang tidak boleh dilepaskan!

Sukarelawan akan terlibat dalam rekabentuk dan menyediakan bahan pengayaan. Keberkesanan bahan-bahan pengayaan kemudiannya akan dinilai. Dan kebiasaannya, anda akan mempunyai sedikit kerja pembersihan selepas itu!

Pemerhatian Beruang Madu
Dapatkan pengalaman kerja lapangan di persekitaran hutan hujan tropika dan terlibat dengan proses rehabilitasi.

Pembinaan
Anda mungkin akan diminta mereka bentuk atau bekerja dalam projek kecil untuk menaiktaraf atau membaiki kandang malam dan kawasan tertutup. Ini termasuk membantu pembinaan struktur penambahan untuk menaik taraf fasiliti untuk beruang madu.

Pendidikan 
Terdapat sebuah pusat pendidikan dan perpustakaan di BSBCC. Sukarelawan patut mempelajari sebanyak mungkin mengenai beruang madu. Anda mungkin akan diminta untuk memberi taklimat kepada pelajar sekolah dan mereka bentuk satu sesi pendidikan untuk mereka. Anda juga mungkin akan diminta untuk bercakap kepada pelawat di pusat pelawat atau galeri pendidikan berkenaan beruang madu dan menyediakan paparan maklumat tentang mereka.

Selain itu, anda juga akan diminta melakukan kemaskini blog dan maklumat berkenaan kelakuan beruang madu di Rekod Kelakuan Beruang dan Rekod Mingguan.


ADAKAH ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI SUKARELAWAN ATAU PELAJAR PRAKTIKUM BERSAMA KAMI?

PEMEGANG MYKAD
(WARGANEGARA MALAYSIA)

BUKAN PEMEGANG MYKAD
(BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA)