Pusat Konservasi Beruang Terkecil di Dunia
PUSAT KONSERVASI BERUANG MADU BORNEO
Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo ialah sebuah pusat pemulihan beruang madu ditubuhkan di Sabah, Borneo Malaysia. Beruang madu merupakan spesies beruang paling kecil di dunia dan hanya terdapat di Asia Tenggara. Beruang ini terus terancam akibat kemerosotan hutan, pemburuan haram untuk mendapatkan bahagian tubuh beruang, serta penangkapan anak beruang untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ancaman-ancaman ini menyebabkan banyak beruang madu disimpan secara haram dan hidup dalam suasana terkurung serta menyedihkan.
Pada masa ini. terdapat 41 ekor beruang madu bekas peliharaan yang diselamatkan dan ditempatkan di BSBCC serta 2 ekor anak beruang ditempatkan di kem kami di Rizab Hidupan Liar Tabin. Kemudahan ini merangkumi kawasan hutan yang luas bagi menyediakan persekitaran semula jadi yang sesuai dengan keperluan dan kebajikan beruang madu serta membantu proses pemulihan mereka sebelum dilepaskan kembali ke habitat liar.
Pada tahun 2014, pusat ini dibuka kepada orang awam. Para pengunjung boleh mempelajari tentang beruang madu dan memerhati mereka dalam persekitaran habitat semula jadi.
YOUTUBE @ BSBCC
INSTAGRAM @ BSBCC
PAS TAHUNAN PEMERHATI BURUNG
Bagi peminat burung yang ingin mendapatkan pas masuk tahunan ke Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC), sila muat turun borang dan hantarkan melalui emel ke info.bsbcc@gmail.com atau melalui WhatsApp di nombor +6011-5371256.
DATANG DAN KUNJUNGI KAMI!
Pusat kami terletak bersebelahan dengan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok,
Kewarganegaraan
Bukan Warganegara
Pemastautin tetap/
Pelajar antarabangsa
Umur
2-17 thn
Warganegara
RM 5
RM 10
RM 25
RM 15
Umur
18+ thn
RM 50
RM 30
Pemastautin tetap / Pelajar antarabangsa dikehendaki untuk menunjukkan dokumen yang berkaitan untuk mendapatkan kadar bagi Bukan Warganegara.
Kemasukan percuma untuk kanak-kanak dibawah usia dua tahun.
LAWATAN SEKOLAH DAN IPTA/IPTS
Sekolah dan institusi di Malaysia yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia layak untuk mendapatkan pengeculian bayaran masuk dengan menghantar surat permohonan rasmi terlebih dahulu. Surat tersebut hendaklah mengandungi maklumat berikut:
Tarikh dan masa lawatan
Bilangan pelajar dan guru yang terlibat
Surat permohonan hendaklah dihantar melalui emel kepada info.bsbcc@gmail.com
Hanya pelajar dan guru/pensyarah sahaja yang layak mendapat pengecualian bayaran masuk
Kadar bayaran masuk akan dikenakan kepada ibu bapa dan kanak-kanak yang bukan pelajar dalam rombongan lawatan.
Kadar bayaran masuk juga akan dikenakan kepada kumpulan sekolah/institusi yang tidak menghantar surat permohonan lawatan terlebih dahulu





