Permohonan Sukarelawan / Pelajar Praktikal
(Warganegara Malaysia)
Prosedur Permohonan
1. Borang Permohonan
Dapatkan maklumat kekosongan dengan mengisi borang tersebut. Borang ini akan meminta maklumat peribadi termasuk pengalaman dan keadaan kesihatan.
Permohonan perlu diserahkan sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh yang anda inginkan.
Kegagalan mematuhi tarikh akhir permohonan akan menyebabkan permohonan ditolak.
Tempoh minimum sukarelawan / praktikum ialah 14 hari (2 minggu). Pada masa yang sama, kami juga mungkin menerima pemohon lain juga (permohonan berdasarkan prinsip siapa yang memohon terlebih dahulu).
Dokumen-dokumen yang diperlukan bersama borang permohonan:
Curriculum vitae (CV)
Foto diri and yang terkini
Salinan kad pengenalan
Dokumen tambahan untuk permohonan praktikum:
Surat sokongan / surat praktikum daripada institusi yang berkenaan.
2. Temuduga secara atas talian.
Once we have received your application form, we will contact you and you will be given a time and date for an online interview to be conducted. If you pass this interview, we will send you a confirmation and acceptance to be a volunteer. Setelah kami menerima borang permohonan anda, kami akan menghubungi anda dan memberikan anda satu masa dan tarikh untuk temuduga secara atas talian. Jika anda lulus temuduga ini, kami akan menghantar satu pengesahan dan penerimaan sebagai seorang sukarelawan/pelajar praktikal.
Biasiswa
Setiap sukarelawan / pelajar praktikal warganegara Malaysia layak untuk mendapatkan biasiswa daripada BSBCC. Ianya termasuk pengecualian daripada yuran sukarelawan, kemudahan penginapan dan pengangkutan ke BSBCC.
Wajib - Kepada semua sukarelawan
Perlindungan insurans komprehensif. Bukti insurans kena disediakan bersama dengan maklumat penerbangan jika ada;
Vaksinasi – Tetanus, Hepatitis A & B, Tuberculosis (nota pengesahan daripada doktor diperlukan)