Tugas Kami - 5 Tonggak BSBCC
Untuk mencapai sasaran kami dalam konservasi beruang madu, BSBCC bekerja dengan berpandukan kepada 5 tonggak utama: Kebajikan Haiwan, Rehabilitasi, Pendidikan, Penyelidikan dan Eko-Pelancongan.
Kebajikan Haiwan
Kehidupan Yang Lebih Baik
BSBCC kini menempatkan 43 ekor beruang madu yang diselamatkan. Beruang madu di hutan liar menghadapi pelbagai ancaman. Kesemua beruang di Pusat kami adalah anak yatim atau/dan pernah menjadi haiwan peliharaan, dalam keadaan yang teruk dengan diet yang tidak bersesuaian dan tanpa rangsangan positif. Kami menyediakan beruang-beruang ini kehidupan yang lebih baik dari pelbagai segi.
Kebajikan Beruang Madu
Di Pusat kami di Hutan Simpan Kabili-Sepilok, kami mengenalkan semula beruang kami kepada hutan dan merupakan kawasan hutan terbesar dalam mana-mana pusat penjagaan beruang madu. Kaedah jagaan yang kami sediakan adalah kaedah yang paling dekat dalam usaha memberikan pengalaman beruang yang liar seperti dalam hutan asli.
Para penyelidik dan pegawai rehabilitasi kami berusaha untuk mengajar beruang dalam membentuk kemahiran-kemahiran penting seperti mencari makanan, memanjat pokok, membuat sarang dan mempertahankan diri - untuk kebebasan mereka di hutan. Untuk anak-anak beruang madu, staf terlatih kami akan menjadi ‘ibu angkat’ mereka untuk melatih mereka sehingga mereka mampu berdikari. Secara berterusan, kami sentiasa cuba membangunkan aktiviti pengayaan untuk memperbaiki kebajikan dan menggalakkan kelakuan spesifik spesies beruang madu.
Rehabilitasi Ke Hutan Asli
Pusat kami merupakan satu-satunya tempat di dunia yang menggalakkan beruang yang layak dilepaskan untuk membiasakan diri dengan kehidupan dalam hutan sebelum dilepaskan ke hutan liar semula. Para penyelidik dan pakar rehabilitasi kami memantau rapi setiap beruang untuk mengenal pasti calon yang sesuai dilepaskan semula ke hutan liar dan berusaha untuk membentuk kemahiran dan menggalakkan kemandirian mereka.
Sayangnya, ada dikalangan beruang yang tinggal di tempat kami terlalu terkesan dan trauma untuk dilepaskan semula ke hutan asli. Untuk itu, BSBCC menjadi tempat tinggal yang tetap dan akan menjaga mereka sebaiknya.
Pemandangan dari udara Pusat kami yang memperlihatkan Pusat Pelawat, Rumah Beruang 1 dan 2 berserta kawasan hutan.
Pemeriksaan Kesihatan salah satu beruang madu kami.
Rehabilitasi
1.Ketibaan Beruang Madu Baharu
Kesemua beruang madu yang tiba di BSBCC akan melalui pemeriksaan kesihatan menyeluruh oleh doktor haiwan kami. Ciri-ciri individu akan direkod untuk rujukan di masa akan datang.
2.Kuarantin
Untuk mengelakkan risiko penyakit kepada beruang-beruang lain, beruang yang baru tiba akan diasingkan selama 30 hari sehingga hasil ujian keluar.
3.Pengenalan Sesama Beruang
Beruang madu liar hidup secara amnya hidup sendiri, tetapi untuk menggalakkan pekembangan kelakuan beruang yang positif, kami memperkenalkan mereka antara satu sama lain (mempunyai usia yang sama atau dekat). Ini dilakukan secara perlahan-lahan dan akan dipantau rapi.
4.Kelakuan Beruang
Para staf dan sukarelawan kami bekerja keras untuk menggalakkan kelakuan tipikal beruang untuk mempersiapkan mereka untuk hidup di hutan liar. Ini termasuklah memanjat pokok, membuat sarang, dan mencari makanan.
5.Pengayaan
Latihan dan alatan pengayaan membantu untuk merangsang sikap semulajadi beruang dan meningkatkan mutu kesihatan mereka. Ini melibatkan mempelbagaikan jenis makanan, binaan struktur, bau-bauan dan aktiviti-aktiviti lain.
6.Menyediakan Tempat Tinggal
Kami menyasarkan untuk menyediakan satu persekitaran yang selesa, berperikemanusiaan dan merangsangkan untuk beruang-beruang ini untuk jangka masa pendek dan panjang. Sayangnya, sesetengah beruang ini terlalu trauma untuk dilepaskan semula ke hutan. Oleh itu, di sini BSBCC, kami menjadi tempat tinggal kekal untuk beruang-beruang ini.
7.Pelepasan Semula
Kami mengenal pasti calon untuk dilepaskan semula ke hutan liar. Kami bekerja keras untuk menggalakkan sifat mandiri beruang dan memantau mereka untuk saat penting dalam hidup mereka ini.
Our vet carrying out procedure to one of our bears.
Beruang madu memperolehi kemahiran mempertahankan diri daripada interaksi ‘bermain-sambil-berlawan’ yang perlu dilatih di alam liar.
Seekor beruang madu yang sedang bermain di alatan pengayaan kami: buaian hos bomba.
Kami menyediakan ruang untuk beruang madu ini bertindak mengikut naluri semulajadi mereka, seperti membuat sarang.
Penyelidikan
Beruang madu adalah spesies beruang yang sangat kurang dikaji dan dikenali di dunia. Kami percaya penyelidikan adalah kunci yang penting untuk pelindungan spesies ini.
Bentuk muka bumi yang mencabar, jumlah yang rendah, sifat yang pemalu dan mengelak manusia menjadikan penyelidikan ke atas beruang madu mencabar dan susah dilaksanakan. Taburan populasi beruang madu yang hanya boleh didapati di kawasan negara-negara membangun menjadikan mereka keutamaan yang rendah dalam polisi penyelidikan kerajaan.
BSBCC menyediakan kapasiti untuk mengkaji beruang madu dalam kurungan dengan lebih dekat dan di dalam kawasan persekitaran semulajadi. Ini menggalakkan penyelidikan mengenai spesies ini dalam kurungan dan bersedia untuk penyelidikan beruang madu liar.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BSBCC, Dr. Wong Siew Te melakukan penyelidikan pertamanya mengenai beruang madu di Sabah, Borneo pada tahun 1998. Hasil penyelidikan ini akhirnya membawa kepada penubuhan pusat ini pada tahun 2008. Sejak dari pertama kali melaksanakan penyelidikan tersebut, karier beliau berfokus kepada penyelidikan dan konservasi ekologikal beruang madu; penerapan dapatan kajian-kajian tersebut amat penting dalam usaha menyelamatkan beruang terkecil di dunia ini.
Kajian Malaria UMS di BSBCC
Rakan Kerjasama Penyelidikan
Fruit feeding trials to understand the role of sun bears in seed dispersal. Ongoing Efforts to Understand the Role of Large-Bodied Seed Dispersers in Tropical Asia
- The University of Nottingham, Kingsborough Community College and BSBCC
Thermoregulation and Activity Profile of Sun Bears in Captivity at Bornean Sun Bear Conservation Centre
- University of Sunshine Coast and BSBCC
Developing a Sun Bear Conservation Research Action Plan towards sustainable re-introductions of Bornean sun bears into the forest
- University of Portsmouth and BSBCC
Landscape characteristics associated with the population genetic structure, of sun bears (Helarctos malayanus) in peninsular Malaysia
- Sunway University and BSBCC
Ex-situ and In-situ Conservation Approach for the Malayan Sun Bear (Helarctos malayanus)
- Griffith University, Danau Girang Field Centre and BSBCC.Management of Malayan sun bear in Bornean Sun Bear Conservation Centre, Sepilok Sandakan Sabah, with emphasis on deworming programme
- Universiti Putra Malaysia (UPM) and BSBCCSupporting threatened sun bears by enhancing rehabilitation and behavioral assessment efforts of captive animals in Borneo
- San Diego Zoo and BSBCC
Enhancing volunteer tourism’s positive effects on orangutan (Pongo pygmaeus) and sun bear (Helarctos malayanus) conservation and the volunteer experience in Malaysia and Indonesia
- Sabah Wildlife Department, Oxford Brookes University and BSBCC
The adaptation and movement patterns of reintroduction of rehab sun bear in lowland tropical rainforest of Sabah
- Sabah Wildlife Department, Danau Girang Field Centre, Oxford Brookes University and BSBCC.
Observations in behavioral patterns of Bornean sun bears (Helarctos malayanus euryspilus) in rehabilitation center tropical rainforest reserve in Sabah, Borneo
- Oregon State State University and BSBCC
Pendidikan
Kami percaya bahawa pendidikan pada peringkat tempatan dan antarabangsa penting untuk mengekalkan beruang madu dan habitat mereka untuk generasi akan datang.
We provide educational resources at: Kami menyediakan sumber-sumber pendidikan di:
Program capaian luar di sekolah-sekolah:
Program capaian luar di ladang-ladang.
Atas Talian
Pusat kami di Sepilok, Sandakan.
Program Capaian Luar Ke Sekolah
Melahirkan duta hidupan liar untuk masa depan.
Kami percaya bahawa menarik golongan muda untuk mengambil berat tentang isu alam sekitar amat penting dalam melahirkan duta hidupan liar di masa depan.
Kami mempromosikan kesedaran awam berkenaan beruang madu tatkala ianya sangat diperlukan pada peringkat tempatan. Pengetahuan mengenai kebajikan haiwan dan konservasi amat serba kekurangan di Malaysia, terutama di kalangan komuniti luar bandar di mana interaksi antara manusia dan hidupan liar terjadi dengan kerap dan menimbulkan banyak isu. Disebabkan itu, pada tahun 2013, kami mula bekerjasama dengan pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pendidikan tertiari berkenaan konservasi hidupan liar.
Dr Wong memberikan taklimat berkenaan beruang madu kepada pelajar.
Taburan Sekolah-skolah yang di capai oleh BSBCC dalam tahun 2014-2017.
Rakan Kerjasama Kami
Kami bekerjasama dengan HUTAN-Kinabatangan Orangutan Conservation Programme (HUTAN-KOCP) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) untuk memberi kefahaman meluas mengenai spesies tempatan, pemuliharaan hutan hujan dan kebajikan hidupan liar dalam satu konteks yang meluas.
Apa yang kami bincangkan?
Ciri-ciri beruang madu dan kelakuan mereka - apa yang menjadikan mereka unik.
Ancaman-ancaman - Kemusnahan hutan, pemburuan haram dan pemerdagangan haiwan.
Kerja-kerja BSBCC untuk menyelamatkan dan menjaga serta merehabilitasi beruang madu ke hutan liar.
Kebajikan Haiwan - Domestik dan dalam jagaan kurungan.
Undang-undang Setempat - Di Sabah, Borneo, individu yang mencederakan, membunuh, menangkap atau memelihara beruang madu boleh dikenakan hukuman minimum RM50,000 DAN penjara 1 tahun sehingga maksimum denda RM250,000 DAN penjara 5 tahun.
Mitos tempatan dan ketakutan kepada mereka, dan bagaimana kita boleh hidup bersama hidupan liar.
Kami melakukan taklimat, sesi soal jawab dan pameran yang melibatkan pelajar-pelajar dan orang awam.
Aktiviti mewarna untuk pelajar tadika.
Program Capaian Luar Ke Ladang-Ladang.
Kami juga bekerjasama dengan NGO lain di Sabah untuk melawat ladang dan menyampaikan ceramah kepada para pekerja. Ianya telah menjadi satu perkara biasa kepada pekerja-pekerja ladang untuk terserempak atau berinteraksi dengan hidupan liar di ladang; tetapi kebiasaannya mereka mempunyai kurang pengetahuan dalam tindakan yang perlu diambil. Kami membincangkan undang-undang tempatan dan hukuman yang dikenakan untuk melindungi hidupan liar. Kami juga menggalakkan orang awam untuk membantu hidupan liar, bagaimana untuk kekal selamat, dan melaporkan sesetengah hidupan liar kepada pihak berkuasa. Ini menyediakan satu peluang untuk meningkatkan kesedaran berkenaan spesies terancam dan ancaman-ancaman yang mereka hadapi.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program capaian luar ke ladang-ladang, sila hubungi kami.
Jika anda terlihat atau mendengar berita beruang madu yang di tangkap, sila laporkan kepada kami atau penguatkuasa tempatan dengan segera.
Satu program capaian luar ke sebuah komuniti kampung.
Sesi capaian luar kepada komuniti pekerja ladang.
Eko-Pelancongan
Eko-pelancongan merupakan salah satu pemacu ekonomi di Malaysia, terutamanya Sabah yang terkenal sebagai salah satu pusat tumpuan pelancong di negara ini.
Dalam berusaha keras untuk membentuk masa depan yang lebih untuk beruang madu, BSBCC juga memainkan peranannya sendiri dalam eko-pelancongan; juga dikenali sebagai pelancongan sejadi atau pelancongan berasaskan konservasi. Dengan mempromosikan usaha konservasi beruang madu Borneo, ini juga akan menarik ribuan pelawat yang datang dari serata dunia ke Sabah yang kaya dengan biodiversiti yang termasuk beruang madu Borneo.
Tanpa disangkal lagi, ini merupakan satu strategi serampang dua mata yang menyasarkan bukan saja peningkatan ekonomi negeri dan negara tetapi juga membantu menyebarkan kesedaran berkenaan beruang madu dengan cara pendidikan mengenai mereka.
Pemandangan di Pelantar Pemerhatian Kedua.
Tangga ke Pelantar Pemerhatian Pertama, dengan papan informasi dipasang sepanjang laluan tersebut.