Perjalanan Kami

Lihat gambar anak beruang madu di logo Pusat kami. Ia dipanggil ‘Si Kecil’, digambar ketika ia berusia lapan bulan. Kisahnya amat sedih namun tipikal; ibunya dibunuh oleh pemburu haram dan ia dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Si Kecil merupakan salah satu daripada beruang madu yang berjaya diperkenalkan semula ke hutan liar; kediamannya adalah hutan di Kalimantan, Borneo.

Kini, ia sudah tidak bersama dengan kita lagi di dunia ini, tetapi ia memberikan inspirasi yang berkekalan; satu peringatan bahawa akan ada harapan selepas kesedihan.

Banyak perkara telah dicapai oleh BSBCC sejak penubuhan pusat ini pada tahun 2008. Mungkin ia tidak akan terjadi tanpa dedikasi rakan kerjasama serta penyokong kami, staf-staf, dan ribuan sukarelawan yang pernah bekerjasama dengan kami.

Anda boleh melihat sorotan pencapaian kerja kami di Laporan Tahunan kami. 

Pembangunan Struktur 4 Fasa BSBCC

Sejak penubuhannya pada tahun 2008, kemudahan infrastruktur di BSBCC telah dibangunkan dengan pesatnya. Pembangunan ini telah membina kapasiti untuk memperbaiki taraf hidup beruang yang telah diselamatkan dan melaksanakan program kesedaran konservasi beruang madu kepada orang awam. Semua ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada rakan kerjasama kami: Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, dan Land Empowerment Animal People (LEAP). Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan dalam membantu kami melaksanakan pencapaian-pencapaian kami. Anda boleh lihat pembangunan 4-Fasa kami seperti berikut:

Fasa 1 - Rumah Beruang 1 and Kawasan Hutan 1

Peruntukan kewangan untuk Fasa 1 telah didapatkan pada tahun 2009 daripada “Bear Necessities Fundraiser” yang dianjurkan oleh LEAP, berserta dengan dana sepadan daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Pembinaan Rumah Beruang 1 dan Kawasan Hutan 1 siap pada Mac 2010. Ini membolehkan 12 beruang madu sedia ada untuk dipindahkan ke kawasan baru, ditetapkan dalam kumpulan beruang masing-masing dan diberi peluang untuk hidup dalam kawasan hutan pada siang hari.

Untuk kali pertama, beruang-beruang ini dapat menginjakkan kaki di atas tanah, menggali untuk mencari cacing, memanjat pokok, mencari makanan dan berehat di atas pokok dalam kawasan hutan semulajadi di sini.

Beruang madu yang diselamatkan melangkah untuk kali pertama ke kawasan hutan.

Laluan Pejalan Kaki

Beruang madu menyesuaikan diri di kawasan baru dalam kawasan hutan BSBCC.

Pemandangan dari hadapan Platform Pemerhatian 1

Laluan Berturap

Seekor beruang madu tengah berehat di atas dahan sebatang pokok di BSBCC.

Fasa 2 - Pelantar Pemerhatian 1 & Laluan Pejalan Kaki

Peruntukan kewangan untuk Pelantar Pemerhatian 1 dan Laluan Pejalan Kaki telah diberikan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia melalui Jabatan Hidupan Liar Sabah pada tahun 2011.

Sebaik sahaja peruntukan disediakan, pembinaan dilaksana kan dengan serta merta dan siap pada Ogos 2012. Pada awaktu itu, BSBCC belum lagi dibuka kepada pelawat, namun program pendidikan mula dilaksanakan dengan menerima lawatan daripada sekolah tempatan dan luar negara.

Outside View of the Bear House 1

Pemandangan luar Rumah Beruang 1

Pengunjung di Platform Pemerhatian 1

Fasa 3 -

Pandangan dalaman bangunan pusat pelawat (kini digunakan sebagai Galeri Pendidikan)

Salah satu kandang dalam bangunan kuarantin.

Rumah Beruang 2 dan & Pembaharuan Rumah Beruang Lama kepada Pejabat, Pusat Pelawat dan Kawasan Kuarantin

BSBCC mendapatkan dana untuk Fasa 3 pada September 2010 daripada Yayasan Sime Darby. Fasa ini melibatkan pembaharuan dan penggubahan rumah beruang lama kepada pejabat, pusat pelawat, kedai cenderahati dan kawasan kuarantin untuk 10 ekor beruang.

Pada penghujung 2013, pembinaan Fasa 3 telah siap dan BSBCC bersedia untuk dibuka kepada pelawat pada tahun 2014. Pada 16 Januari 2014, BSBCC melancarkan majlis pembukaan rasmi secara perlahan bersama rakan-rakan kerjasama; Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Land Empowerment Animal People (LEAP), keluarga, rakan-rakan dan para penyokong. Sejak itu, BSBCC menjadi salah satu tarikan pelancong di Sandakan di samping Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok dan Rainforest Discovery Centre (RDC). 

Pada masa yang sama, penyiapan Rumah Beruang 2 telah menambah lagi 16 kandang individu untuk menempatkan lebih banyak beruang. Pada tahun 2014, sejumlah 8 beruang madu tiba dari Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Kota Kinabalu, di mana mereka ditempatkan sementara menunggu Rumah Beruang siap dibina. Seterusnya, BSBCC merancang untuk mendapatkan dana untuk mendapatkan Kawasan Hutan 2 untuk membolehkan lebih banyak beruang keluar dalam satu-satu masa.

Pandangan luar bangunan pusat pelawat (kini digunakan sebagai Galeri Pendidikan)

Pandangan luaran Rumah Beruang 2

Fasa 4 -

Laluan baru menghubungkan Rumah Beruang 2 ke Kawasan Hutan 2.

Kawasan Hutan 2

Kawasan Hutan 2 & Pelantar Pemerhatian 2

Dengan sokongan berterusan daripada Yayasan Sime Darby, dana untuk Fasa 4 telah didapatkan pada Jun 2014. Pembinaan pagar di sekitar 1.1 hektar kawasan hutan disiapkan pada tahun 2015. Kumpulan pertama beruang yang dilepaskan ke kawasan tersebut pada tahun yang sama. Dengan siapnya kawasan hutan ke-2, lebih banyak beruang dapat dilepaskan ke dalam kawasan hutan.

Laluan layang (atau laluan tergantung) dan pelantar pemerhatian 2 disiapkan pada Mac 2016 dan dibuka kepada pelawat sejak itu. Pelawat kini boleh melihat lebih banyak beruang di dalam kawasan hutan daripada pelbagai sudut yang berlainan.

Pelantar Pemerhatian 2

Laluan Layang Baharu