SANDOKAN
Rescue Bear No. / 拯救编号 / 拯救編號 : 74
Sandokan
Year of birth: 2025
History:
At just 7 months old, a young female sun bear cub’s life took an unexpected turn when she was discovered in Kampung Bariawa Laut, Keningau, on 12 April 2026. Villagers were surprised to find the tiny cub climbing a coconut tree within the village area early that morning — an unusual sight for a species that naturally inhabits dense forests. With no sign of her mother nearby, it was feared that the cub had become separated from her.
Concerned for her safety, villagers acted quickly to secure the cub before authorities arrived. Following an emergency call, a team from the Keningau Fire and Rescue Station safely rescued and transported her before the Sabah Wildlife Department took over the case for further care.
On 21 April 2026, the cub — now named Sandokan — safely arrived at the Bornean Sun Bear Conservation Centre. A preliminary health assessment showed that she was slightly underweight at 6.5 kg but otherwise in relatively good condition, with a healthy appetite and clean, well-maintained coat. The veterinary team also noted a missing claw on her right front limb, which will continue to be closely monitored during her recovery.
Now under the dedicated care of BSBCC’s keepers and veterinary team, Sandokan has begun her rehabilitation journey as she takes her first steps toward a safer and healthier future.
-
Not available yet. Please wait.
-
Not available yet. Please wait.
-
Seekor beruang madu betina kecil berusia 7 bulan ditemui di Kampung Bariawa Laut, Keningau pada 12 April 2026. Orang kampung terkejut kerana menemui seekor anak beruang yang kecil memanjat sebatang pokok kelapa di kawasan kampung berkenaan pada awal pagi hari itu; ianya satu perkara yang luar biasa untuk spesis yang tinggal di hutan tebal. Tanpa sebarang tanda ibunya berhampiran, dikhuatiri anak beruang tersebut telah terpisah daripada ibunya.
Kerana risaukan keselamatannya, orang kampung bertindak cepat mendapatkan anak beruang tersebut sebelum pihak berkuasa sampai. Satu pasukan daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Keningau tiba dan memindahkan anak beruang itu sebelum pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah mengambil alih kes tersebut.
Pada 21 April 2026, anak beruang tersebut yang dinamakan Sandokan tiba dengan selamatnya di Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo. Penilaian kesihatan awal mendapati ia kekurangan berat sesuai umurnya iaitu 6.5 kg namun berada dalam keadaan kesihatan yang baik secara amnya, mempunyai selera yang bagus dan bulu yang cantik. Pasukan veterinar juga mendapati satu kuku kaki depan kanannya hilang, yang mana akan terus dipantau sepanjang tempoh pemulihannya.
Kini, di bawah penjagaan penuh dedikasi penjaga-penjaga dan pasukan veterinar BSBCC, Sandokan telah memulakan perjalanan rehabilitasinya ke arah masa depan yang lagi cerah.
