LUMAKU

Rescue Bear No. / 拯救编号 / 拯救編號 : 73

Lumaku

Year of birth: 2025

History:

Lumaku’s story began long before his rescue. After a public complaint was made, authorities inspected a theme park on the northern coast of Sabah and discovered a young sun bear being kept illegally for exhibition. The bear, later named Lumaku, had been raised in captivity since he was a cub after reportedly being purchased from villagers for around RM1000.

On 8 April 2026, Lumaku was rescued by the Sabah Wildlife Department and safely transferred to the Bornean Sun Bear Conservation Centre as Rescue No. 73. Estimated to be around 1 year old and weighing approximately 15 kg, Lumaku arrived active, alert, and physically healthy. Having spent most of his young life around people, he displayed a friendly and curious nature, often carefully observing his surroundings and the people caring for him.

During his time in captivity, Lumaku was fed fried and boiled chicken — far from the natural diet of a wild sun bear. Although he appears healthy, he has never had the opportunity to properly develop natural behaviors such as climbing, foraging, and exploring forest environments. Under the dedicated care of the BSBCC team, Lumaku will now begin a gradual rehabilitation journey to help him rediscover the instincts and behaviors every sun bear should have.

As Rescue 73, Lumaku’s arrival is also an important reminder that keeping sun bears as pets or for exhibition is both illegal and harmful. Through education and awareness, BSBCC hopes more people will understand the importance of protecting these remarkable bears in the wild, where they truly belong.

  • Kisah Lumaku bermula jauh lebih lama daripada penyelamatannya. Selepas satu aduan awam dibuat, pihak berkuasa menyerbu sebuah taman tema di kawasan utara Sabah dan menemui seekor anak beruang madu yang masih kecil disimpan sebagai salah satu bahan pameran. Anak beruang tersebut di gelar Lumaku, telah dibesarkan dalam jagaan sejak ia masih kecil selepas dilaporkan dibeli daripada orang kampung dengan harga RM1000.

    Pada 8 April 2026, Lumaku diselamatkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan diserahkan kepada BSBCC sebagai beruang ke-73 yang diterima BSBCC. Dianggarkan berusia 1 tahun dan seberat 15kg ketika penemuannya, Lumaku tiba dalam keadaan yang sihat, aktif, dan waspada. Disebabkan ia telah menghabiskan masanya sebelum ini bersama manusia, Lumaku menunjukkan ciri beruang yang sangat mesra manusia dan penuh rasa ingin tahu. Ia akan memerhatikan dengan teliti keadaan sekelilingnya dan orang-orang yang menjaganya.

    Sewaktu dalam kurungan, Lumaku diberi makan ayam goreng dan ayam rebus, satu diet yang sangat jauh daripada diet semulajadi seekor beruang madu liar. Walaupun ia kelihatan sihat, ia tidak pernah mendapatkan peluang untuk membentuk tabiat semulajadi seperti memanjat, mencari makanan dan menerokai suasana hutan. Di bawah penjagaan pasukan BSBCC, Lumaku kini sedang menjalani rehabilitasi secara perlahan untuk menemukan kembali naluri dan tabiat semulajadi setiap beruang madu sepatutnya miliki.

    Ketibaan Lumaku menjadi satu peringatan penting bahawa menyimpan beruang madu sebagai haiwan peliharaan atau untuk tujuan pameran adalah salah di sisi undang-undang dan berbahaya. Melalui pendidikan dan kesedaran, BSBCC berharap lebih ramai orang akan memahami kepentingan melindungi beruang madu ini di dalam hutan.