Kunjungi Kami
Pusat kami memberikan satu peluang eksklusif untuk melihat beruang madu dalam situasi hutan sebenar.
Dibuka sejak 2014, kami menawarkan pelawat peluang untuk melihat sendiri beruang madu yang pernah dipelihara sebagai haiwan peliharaan dalam perjalanan rehabilitasi mereka, serta hidupan liar yang lain seperti orangutan, monyet, tupai, dan pelbagai jenis pokok tropika.
Papan-papan tanda kami diolah dengan informasi pelbagai bahasa menerangkan ciri-ciri unik beruang madu dan kepentingan mereka kepada hutan.
Staf kami ditugaskan di platform pemerhatian untuk memudahkan para pelawat mendapat maklumat berkenaan beruang dan pusat kami.
Fasiliti kami boleh diakses oleh pengguna kerusi roda
Waktu Operasi
9:00am - 3.30pm
Buka pada setiap hari termasuk cuti umum.
Bayaran Kemasukan
Kewarganegaraan Malaysia
2-17 years old
RM 5.00 / orang
Adult 18+ years old RM 10.00/orang
Bukan Malaysia
2-17 years old RM 25.00 /orang
Adult 18+ years old RM 50.00/orang
Sila tunjukkan Mykad anda untuk pengesahan kewarganegaraan anda dan mendapatkan harga warganegara Malaysia.
Kemasukan percuma untuk kanak-kanak 2 tahun dan ke bawah.
Kaedah Pembayaran: Tunai, Kad Debit, Kad Kredit, Visa, Mastercard, Boost, AliPay & UnionPay
Kesemua hasil digunakan untuk program konservasi beruang madu. Terima kasih atas sokongan anda.
Berkuatkuasa pada 1 Mei 2022, warganegara asing menetap di Malaysia boleh mendapatkan harga RM 30 (dewasa) and RM 15 (17 ke bawah) dengan menunjukkan dokumen relevan. (contoh: Pas Kerja, Kad Pelajar dll.).
NOTA KHAS KEPADA PENGUNJUNG
BSBCC merupakan premis bebas asap rokok. Merokok dan ber’vape’ adalah dilarang sama sekali. Terima kasih atas kerjasama anda.
Peraturan-peraturan ini dibuat untuk memastikan keselesaan dan kebajikan kepada pelawat dan hidupan liar yang anda mungkin akan terjumpa di sini. Sila patuhi kesemua peraturan dan cakna kepada papan tanda yang kami sediakn.
1. Hormati haiwan liar di sini.
Dilarang memanggil, berteriak kepada haiwan atau membaling objek ke dalam kawasan hutan. Jaga jarak selamat anda daripada haiwan-haiwan yang berkeliaran, terutamanya monyet dan orangutan.
2. Jangan memberi makanan kepada beruang kami.
Pemakanan beruang di sini telah diperakui selamat dan sesuai oleh doktor haiwan kami untuk memastikan kesihatan dan keselamatan mereka terjamin. Jangan baling apa-apa makanan ke dalam kawasan hutan kami.
3. Dilarang merokok dan ber’vape’.
Larangan ini untuk mengurangkan risiko kebakaran dan juga untuk keselamatan haiwan-haiwan, staff dan pengunjung lain.
4. Tiada haiwan peliharaan.
Kesemua jenis haiwan peliharaan adalah dilarang daripada memasuki kawasan kami.
5. Kod pakaian.
Pakaian yang selesa beserta kasut yang tertutup adalah yang paling disyorkan apabila berada di kawasan Pusat kami.
6. Makanan dan Minuman.
Anda dikehendaki untuk meninggalkan makanan atau minuman di kaunter tiket kami. Hanya minuman dalam bekas bertutup seperti botol yang BERTUTUP dibenarkan untuk dibawa naik ke pelantar pemerhatian. Minuman beralkohol adalah dilarang sama sekali.
Lokasi dan Arah
BSBCC berkongsi pintu masuk utama yang sama dengan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (PPOUS). Sila maklum bahawa kami adalah dua tempat yang berlainan dan memerlukan dua tiket yang berlainan.
Anda boleh datang ke BSBCC dengan menggunakan kereta, teksi, bas atau apa-apa perkhidmatan E-hailing.
Menggunakan kereta/motorsikal
Rujuk peta di atas. Kawasan kami mempunyai papan tanda yang jelas. Parking adalah percuma.
Menggunakan teksi
Maklumkan kepada pemandu teksi untuk menurunkan anda di kawasan parking ‘Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. Pintu masuk kami akan kelihatan bertentangan dengan pusat mereka.
Menggunakan Bas
Dari Sandakan: Bas yang bertanda ‘Batu 14 Sepilok’ akan bergerak terus dari Sandakan ke BSBCC/PPOUS. Sila cari bas tersebut di terminal bas Sandakan berhadapan pangkalan tentera laut di Bandar Sandakan.
Bas dari Sandakan ke Sepilok pada 9am, 11:30am, 2pm and 5pm.
Bas dari Sepilok ke Sandakan pada 6:30am, 10:30am, 12:30pm and 4pm.
Bas lain bertanda 14 dan ke atas boleh menurunkan anda pada bulatan batu 14, 2.5 km daripada pusat kami jika anda terlepas bas tersebut.Dari Kota Kinabalu: TNaiki bas ke Sandakan dan minta pemandu berhenti di Sepilok. Daripada bulatan Sepilok, anda boleh berjalan kaki atau menaiki teksi/E-Hailing ke pusat kami. Kebiasaannya, perjalanan akan mengambil masa 6 jam.
Dari Semporna: Naiki bas Tung Ma ke Sandakan. Kebiasaannya, perjalanan akan mengambil masa 5 jam.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.