Foyer baharu BSBCC Sandakan siap dibina

Terbitan Oleh: Harian Ekspres
Terbitan Pada
: Monday, January 12, 2026
Oleh: Mardinah Jikur
Diambil pada (Atas talian): Wednesday, January 14, 2026

JAFRY bersama tetamu lain bergambar kenangan di salah satu lokasi ikonik dan tumpuan pengunjung.

SANDAKAN: Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) Sandakan secara rasmi melancarkan foyer pintu masuk baharu yang siap dibina di Sepilok, Batu 14 pada Isnin.


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata BSBCC memainkan peranan penting dalam melindungi hidupan liar seperti beruang madu Borneo selain memupuk kesedaran pemuliharaan alam sekitar.


Beliau memuji pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSBCC Dr Wong Siew Te bersama pasukanya selain sokongan berterusan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), agensi berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


“Kementerianya akan terus memastikan pembangunan pelancongan bergerak seiring dengan usaha pemuliharaan alam sekitar. 


“Melalui agensi di bawahnya termasuk Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Taman-Taman Sabah, KePKAS kekal komited melindungi biodiversiti, hutan dan ekosistem semula jadi demi manfaat jangka panjang komuniti, pemegang taruh dan generasi akan datang,” katanya ketika menyempurnakan majlis pelancaran foyer pintu masuk baharu BSBCC Sandakan.

Previous
Previous

New foyer attraction at Sun Bear Centre

Next
Next

“啥哈努丁:以生态保育为核心。全面迎接2026大马旅游年”—— <自由日报>,2026年1月13日