Misi Kami
Misi BSBCC di Sabah adalah untuk mempromosikan konservasi beruang madu di Borneo melalui kebajikan haiwan, rehabilitasi, pendidikan dan penyelidikan - memberikan beruang yang diselamatkan tempat tinggal yang lagi baik dan memberikan mereka hak mereka semula untuk tinggal di hutan liar dengan cara:
Membina kapasiti untuk menyelamat, merehabilitasi dan melepaskan semula beruang yang pernah dikurung kembali ke hutan liar.
Menyediakan suasana tempat tinggal yang lebih baik untuk jangka masa panjang kepada beruang yang tidak boleh dilepaskan semula.
Mendidik orang awam dan meningkatkan kesedaran mengenai spesis ini.
Berusaha meningkatkan tahap perlindungan untuk beruang madu dan habitat mereka melalui penyelidikan berterusan, peningkatan pengetahuan dan kesedaran, dan perlindungan habitat yang lebih lanjut.
Dalam tujuan-tujuan utama yang digariskan di atas, kami juga ingin mencapai objektif-objektif khusus yang berikut:
Berfungsi sebagai tempat tinggal sementara sebelum beruang yang diselamatkan/diserahkan dikembalikan ke hutan liar semula dengan menyediakan program rehabilitasi dan latihan ilmu Kemahiran hidup untuk mereka.
Berfungsi sebagai rumah kekal untuk beruang yang diselamatkan/diserahkan dan tidak boleh dikembalikan semula ke hutan liar.
Menyediakan persekitaran yang selesa dan mampu merangsang beruang secara positif untuk jangka masa yang pendek dan panjang.
Bertindak sebagai tempat tinggal untuk beruang yang baru dirampas atau diselamatkan.
Membantu Kerajaan dalam usaha penguatkuasaan dengan menyediakan satu tempat untuk haiwan yang dirampas dan menyediakan satu program untuk usaha pengenalan semula yang berjaya.
Memanfaatkan beruang yang dijaga sebagai duta hidupan liar untuk Borneo dan untuk usaha konservasi beruang madu liar dan habitat mereka.
Memberikan pengalaman mengunjung yang sukar dilupakan kepada pelawat untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai beruang madu dan ancaman kepada kemandirian mereka.
Mempromosikan pelancongan di sekitar Sepilok dan juga di dalam Borneo dengan meningkatkan kesedaran terhadap spesies terkemuka dan terkenal seperti Orangutan, Gajah Kerdil Borneo dan lain-lain.
Menggalakkan lebih banyak kajian berkenaan beruang madu, termasuk pola pembiakan beruang madu, interaksi social, penggunaan kawasan hutan, kesihatan dan status genetik, kelakuan, pembiakbakaan dalam kurungan, rehabilitasi dan pengayaan.
Menyediakan pembinaan keupayaan untuk kajian lebih lanjut dan konservasi beruang madu di kawasan liar.
Gambaran Keseluruhan
Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo atau BSBCC merupakan satu-satunya pusat konservasi beruang madu di dunia ini. Ianya ditubuhkan di Sabah, Malaysia pada tahun 2008 dengan dua tujuan:
menyediakan penjagaan dan rehabilitasi kepada beruang madu yang diselamatkan, dan
meningkatkan kesedaran berkenaan beruang madu ke peringkat antarabangsa.
Objektif-objektif ini bertujuan untuk memastikan setiap beruang madu mempunyai hak mereka untuk tinggal di dalam hutan.