Betung
Beruang Diselamatkan No. 65
Tahun Lahir: 2020
Jantina: Betina
Maksud Nama: “Betung” dinamakan sempena nama kampung tempat dia diselamatkan.
Sejarah: Betung ditemui oleh anjing kepada penduduk kampung di sebuah kebun di Kampung Betung, Ranau pada April 2020. Penduduk kampung tersebut mendakwa pada ketika itu Betung sedang berkeliaran sendiri dengan saiz badannya yang sangat kecil dan tanpa gigi. Sebelum ini, Betung dijadikan sebagai haiwan peliharaan dan dikurung dalam kandang ayam. Betung hanya diberi susu Lactogen dan hal ini menyebabkan Betung tidak mendapat nutrisi yang cukup untuk tumbesarannya. Penduduk kampung tersebut lalu menyerahkan Betung kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah. Betung kemudiannya dihantar ke Zoo Lok Kawi pada 21 Ogos 2020 dan tiba di BSBCC pada 26 Ogos 2020. Setibanya di BSBCC, berat Betung hanya 1.4kg dan keadaannya sangat menyedihkan, kurus dan tidak berupaya akibat dari kekurangan zat pemakanan serta mengalami kebotakan di kepala dan badannya. Keadaan Betung dipantau dangan teliti dan menerima penjagaan 24jam. Betung merupakan anak beruang yang paling kurus dan kecil yang kami terima di BSBCC. Kini Betung kembali sihat dan lebih ceria bersama-sama Kipaku, teman beruangnya.
Personaliti: Betung adalah seekor beruang betina yang comel dan berkarisma. Dia mempunyai mata biru yang cantik.