Amaco
Beruang Diselamatkan No. 25
Tahun Lahir: 1993
Maksud Nama: Nama “Amaco” diberikan oleh pemiliknya sebelum ini yang dinamakan sempena nama Ladang Tamaco.
Sejarah: Amaco ditemui di Ladang Tamaco berhampiran dengan daerah Lahad Datu, ketika syarikat mula membuka kawasan untuk ladang kelapa sawit. Amaco dijadikan sebagai haiwan peliharaan dan dikurung dalam kurungan selama 18 tahun. Amaco diberikan nasi dan susu pekat yang menyebabkan kerosakan pada keseluruhan giginya.
Personaliti: Amaco merupakan beruang tertua di BSBCC. Oleh kerana usianya yang tua, Amaco mempunyai refleks yang agak perlahan, bergerak mengikut rentaknya sendiri dan mudah terkejut. Amaco tidak menyukai hos air dan air yang terpercik kepadanya secara tidak sengaja namun dia suka bermain air yang di dalam bekas air. Amaco tidak selalu memanjat tetapi kadang-kadang dia memanjat ke dalam bakul untuk berehat. Dia biasanya tidur di lantai sambil menggulung diri atau terlentang dengan semua empat kakinya terangkat.