ALONG

Beruang diselamatkan No. 49

Tahun lahir: 2010

Jantina: Jantan

Sejarah: Along disimpan di Mini Zoo Air Panas, Tawau bersama-sama dengan seekor beruang madu betina bernama Simone. Mereka telah diserahkan kepada pihak Jabatan Hidup Liar Sabah pada Januari 2016. Along seekor beruang yang suka bermain dan sentiasa bertenaga.

Personaliti: Along merupakan seekor beruang yang sensitif dan mudah tertekan. Apabila melihat orang berdiri di hadapannya, dia mula gelisah dan berjalan pantas. Along sangat menyukai mainan pengayaan yang diberi dan menggunakannya sebaik mungkin. Dia mengambil masa untuk meneroka dan menggali, menggunakan lidah dan kukunya untuk mendapatkan makanan dari mainan pengayaannya. Kadangkala, dia akan melempar dan cuba melantun mainan pengayaannya untuk mencari makanan di dalamnya. Along boleh menjadi sangat marah apabila dia tidak dapat mengeluarkan makanan tetapi tetap tekad dan terus mencuba sehingga berjaya. Apabila teruja, Along suka melompat dan sangat hiperaktif. Pada 19 Mac 2017, Along keluar ke hutan BSBCC untuk pertama kalinya. Dia mengadaptasi dengan cepat akan persekitaran hutan. Dia suka menjelajah di dalam hutan sehingga sukar untuk dikesan.

Adopsi: Along boleh diangkat dalam Program Beruang Angkat Saya.