Ah Lun
Beruang diselamatkan No. 16
Tahun Lahir: 2008
Sejarah: Ah Lun tiba di BSBCC dari Zoo Hidupan Liar Lok Kawi pada 3 Julai 2010 bersama-sama dengan Julaini. Sebelum itu, Ah Lun pernah dijadikan haiwan peliharaan dan ditempatkan dalam sangkar kecil untuk jangka masa yang sangat lama.
Personaliti: Ah Lun adalah seekor beruang provokatif dan berlagak seperti ketua dalam kumpulan beruangnya, Ah Lun akan menunjukkan sifatnya yang dominan terhadap kumpulan beruangnya terutama sekali apabila melibatkan makanan dan kawasan wilayah. Julaini merupakan teman beruang baiknya. Mereka selalu kelihatan bersama-sama menjelajah kawasan hutan BSBCC dan selalu bersantai bersama. Ah Lun juga seekor pemanjat yang hebat. Selain menghabiskan masa di lantai hutan, Ah Lun juga suka berehat di atas pokok untuk tidur dan bersantai.
Adopsi: Crack Inc. Coffee Roaster mengadopsi Ah Lun di bawah Program Beruang Angkat Saya.