Ah Bui

Beruang Diselamatkan No. 30

Tahun lahir: 2010

Maksud nama: “Ah Bui” bermaksud “kawan” dalam bahasa Murut.

Sejarah: Ah Bui tiba di BSBCC pada 4 Mei 2012. Dia berasal dari Kampung Sook, Keningau. Ah Bui telah dipelihara oleh seseorang yang berniat untuk menjual hempedu beruang. Jabatan Hidupan Liar Sabah telah dmendapat laporan mengenai hal tersebut dan menyelamatkan Ah Bui lalu menghantarnya ke BSBCC.

Personaliti: Ah Bui telah membesar menjadi seekor beruang yang cantik dan yakin. Ah Bui juga seekor pemanjat yang hebat dan suka menghabiskan masanya dengan bersantai sambil menikmati pemandangan dari kanopi hutan. Kadang-kadang Ah Bui juga kelihatan suka berjemur di atas permukaan pokok tumbang yang telah reput. Ah Bui juga pernah dilihat membuat sarang di kanopi pokok.

Ah Bui suka bermain bersama Fulung. Kadang-kadang mereka bermain sehingga bergaduh tetapi tidak melibatkan sebarang kecederaan. Ah Bui suka menikmati makanan yang diberikan dengan memakan dengan perlahan sehingga makanannya habis.

Tanda dan Ciri Pengenalan: Ah Bui mempunyai hidung yang berwarna kelabu. Dia juga mempunyai tanda dada yang simetri yang kelihatan seperti kalung.

Adopsi: Intan Traffic Engineering Sdn. Bhd. mengadopsi Ah Bui di bawah Program Beruang Angkat Saya.