HELP US, SUPPORT US
The Borneo Post, 14th January 2014
By Bernama KOTA KINABALU: Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) yang terletak bersebelahan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di Sandakan akan dibuka kepada pengunjung mulai Khamis ini. Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Datuk Dr Laurentius Ambu berkata antara lain orang ramai boleh melihat 28 ekor beruang madu di BSBCC, yang ditubuhkan untuk melindungi, memulihara serta memberi kesedaran dan pengetahuan berhubung hidupan liar itu yang terancam akibat aktiviti pemburu haram. Katanya Beruang Madu diwartakan sebagai spesies dilindungi di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. “Pusat ini menempatkan 28 ekor beruang madu, yang diserahkan orang awam, yang kini berumur antara satu tahun setengah hingga 20 tahun. Daripada jumlah itu, tujuh ekor adalah jantan dan bakinya betina,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. BSBCC yang berkeluasan 2.5 hektar, mempunyai beberapa kemudahan termasuk platform untuk memerhati, laluan pejalan kaki, dua rumah beruang, pusat pelawat, pejabat dan pusat informasi beruang madu. Pada masa ini, BSBCC mampu menampung sehingga 40 ekor beruang dan Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang berusaha menempatkan beruang-beruang yang diserahkan orang awam di pusat itu. BSBCC ditubuhkan pada 2008 hasil kerjasama antara Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan pertubuhan bukan kerajaan, Land Empowerment Animals People (LEAP). Program angkat beruang madu dikenakan bayaran RM15,000 seekor setahun untuk sektor korporat dan RM300 seekor sebulan atau RM500 seekor bagi enam bulan untuk sektor awam. Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BSBCC Wong Siew Te berkata pembinaan pusat itu, yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun depan, menelan belanja RM6 juta manakala penyelenggaraannya dianggarkan RM900,000 setahun. “Antara penyumbang utama bagi pembinaan BSBCC ialah Yayasan Sime Darby, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Kerajaan Negeri Sabah dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah,” katanya. Menurutnya pusat itu dapat membantu beruang madu yang kian hilang habitatnya dan diancam kepupusan akibat diburu bagi memenuhi permintaan dalam perniagaan perubatan tradisional atau dijadikan haiwan peliharaan. Aktiviti pemburu haram beruang madu antara punca utama jumlah spesies itu merosot sekurang-kurangnya 30 peratus sejak tiga dekad lepas. — Bernama
1 Comment
Dan
24/4/2023 03:36:10 pm
Hello everyone in this forum i am little bit ashamed to share this marvelous story about a great herbalist who helped me enlarge my small penis size through his herbal mixture cream, i was heartbroken before because i have a very small penis about 3 inches which was so annoying and shameful i could not satisfy my wife in bed ,,my marriage was really breaking and i needed help urgently, i have used pills, vaccines, drugs, surgery but none worked...so one faithful day as i was browsing through the internet i saw few comments on a forum about how MARK HARRY from UK testified of how he helped him enlarge his penis and also cured his MOM diabetes type 2 disease,,i contacted him through his email purenaturalhealer@gmail.com he replied and gave me steps to follow and i did just as he said ,and he sent me the herbal cream to me through UPS and i received it within 4 days and used the herbal cream for just 14 days to my greatest surprise my penis that was 3 inches before enlarge to 10.5 inches long when fully erected ,for just two weeks of using his herbal mixture cream ,,wow my wife loved me more and was so happy that i can satisfy her very well now in bed ,,i even last longer than before thank you so much Priest Salami for making life a better one to live in ..so if you are out there having similar problems please contact him now on his email purenaturalhealer@gmail.com or WhatsApp and call him on +2348143757229 thanks
Reply
Leave a Reply. |
Categories
All
|
|
Write to us at our
Postal Address BSBCC,
PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah, Malaysia |
Click the button below
to fill our Contact Form |